dianbizz's clock

Wednesday, December 16, 2009

PUNCA SEGALA PENYAKIT


Memang lumrah bagi setiap insan jatuh sakit. Lazimnya, ini disebabkan oleh pengumpulan bahan toksin di dalam badan manusia. Toksin mungkin berpunca daripada udara persekitaran sementara makanan yang kita makan mungkin dihasilkan daripada sumber beracun yang sering mengandungi bahan pengawet, pewarna, pewangi dan penstabil tiruan.

Kemungkinan juga haiwan ternakan dan pokok tanaman terdedah kepada baja dan racun serangga kimia semasa peringkat pertumbuhan.
Apabila manusia termakan bahan tambahan ini atau menyedut wap daripada unsur-unsur ini, toksin terkumpul di dalam badan dan lama kelamaan ia akan merosakkan sel-sel badan dan sistem imun. Lambat -laun ia akan meresap ke dalam aliran darah dan merosakkan sistem penghadaman (perut, usus kecil dan besar), sistem penyaringan (hati, dan buah pinggang) dan sistem endokrin (kelenjar pituitari, adrenal dan tiroid), mengakibatkan kesan-kesan sampingan penyakit.

Menurut falsafah penyembuhan organik, kesihatan boleh dijejaskan oleh toksin dan ia tidak seharusnya dibiarkan di dalam tubuh kita. Misalnya, sembelit akan menyebabkan sisa buangan dalam badan kita terpendap dan seterusnya menjejaskan fungsi sistem penghadaman. lama kelamaan, ia boleh menyebabkan penyakit serius yang memudaratkan kesihatan.

v Para doktor percaya bahawa toksin yang terkumpul di dalam tubuh , dan adalah penyebab utama penyakit bukannya kuman. Bakteria dan patogen akan menjejaskan kesihatan kita jika terlalu banyak toksin di dalam tubuh kita. Hal itu menyebabkan badan lemah dan kurang daya tahan.

v Setiap tahun dianggarkan terdapatnya 3.5 - 5.0 juta orang di seluruh dunia menderita akibat daripada racun serangga yang berlebihan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia- (WHO)

v Secara puratanya, seorang rakyat Malaysia mempunyai 5 - 114 kali ganda racun perosak dalam darah lebih tinggi berbanding warga Amerika.

-Persatuan Pengguna Penang, Malaysia.

Pada Dasarnya 90% Penyakit Yang Kita derita berawal dari USUS. Penegasan ini di kemukakan oleh seorang Dokter Pengobatan yang sangat Terkenal DR.HARVEY W. KELLOGS .... “beliau tidak menemui usus yang normal dari 22000 pesakit yang di diagnosa oleh dirinya sendiri. Dan beliau berkesimpulan bahawa dari 100.000 Usus Besar Hanya 6% yang benar-benar Normal (Itupun kebanyakan dari usus Anak-anak)

"Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubtanya" ( H.R. Muslim)..”


glitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter text myspace