dianbizz's clock

Friday, December 11, 2009

Kesihatan Organik - Apa Itu Makanan Organik

Perkataan "organik" bermaksud "dari tanah". Ringkasnya, ia membawa makna "asli", semula jadi, tidak tercemar dan lain-lain, iaitu sifat-sifat produk pertanian yang boleh digunakan setiap hari. Contoh - contoh produk organik termasuk sayur-sayuran, vitamin, ubat gigi, sabun, serbuk pencuci dan lain-lain lagi.

Bapa teori organik, Dr Henry Chang, menyatakan bahawa 'makanan organik' bermaksud kesemua produk pertanian yang bebas daripada baja, bahan kimia atau bahan tambahan sejak mula-mula lagi iaitu segala-galanya semula jadi. Contoh-contoh kaedah cucuk tanam sebegini termasuk membajak tanah secara tradisional, menggunakan baja semula jadi atau tanah yang memang subur atau memasukkan cacing ke dalam tanah untuk menggemburkannya melalui aktiviti pengorekan lubang yang semula jadi. ini menyebabkan tanah dioksidakan, justeru ia dapat menimimumkan pencemaran tanih, udara, dan air di kawasan tanah itu. Walaupun baja-baja dapat membantu pertumbuhan, meningkatkan produktiviti tanah dan seterusnya memberi hasil yang lebih lumayan, namun ia cuma hasil yang elok dipandang tanpa banyak faedah. Dalam produk-produk ini, mungkin terdapat kandungan air yang menjejaskan citarasa asli sayur-sayuran atau kualiti pemakanan tumbuhan itu.

Penternakan haiwan secara organik pula bermula dengan pemberian makanan organik. Makanan-makanan ini bebas daripada hormon pertumbuhan, dan haiwan ternakan juga tidak perlu disuntik dengan hormon tambahan lain. Misalnya, jika lembu tenusu diternak di padang rumput organik, maka susu dan daging yang dihasilkan juga dikelaskan sebagai produk organik. Sesiapa yang pernah memakan daging ayam 'kampung' tentu sekali berpandapat bahawa ia lebih sedap berbanding dengan daging ayam ternakan komersil.

Oleh itu, Dr. Henry Chang percaya bahawa umur manusia boleh mencapai 100 tahun tetapi kebanyakan orang tidak dapat hidup panjang kerana makanan mereka mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Ini menjejaskan fungsi-fungsi sistem imun mereka, seterusnya mengakibatkan tekanan darah tinggi, leukimia serta penyakit-penyakit zaman moden yang lain.

Hakikatnya, banyak negara di dunia ini telah bersetuju ke arah mencipta sebuah 'bumi organik'. Jika makanan organik menjadi popular di seluruh dunia, sehingga dapat mengubah tabiat makan dan minum kita, maka matlamat ideal 'hidup sihat', 'panjang umur' memang bukan impian semata-mata.

-Sumber dari,
Gaya Hidup Organik "Tanpa Pencemaran"

glitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter textglitter text myspace